Assalamualaikum
kepada semua pembaca.......kisah ni agak panjang kerana aku tulis daripada
bermulanya aku dapat surat iv dan keluarnya result iv.....
Kali ni aku nak
menceritakan pengalaman temuduga pembantu makmal c17 yang diadakan pada
19/06/2013 di IPG Batu Rakit. Masa aku tulis ni aku dah tahu pun keputusan
temuduga aku ni. Haha... Sebenarnya aku tak sangka juga akan terpilih untuk
ditemuduga dalam jawatan ni, maklumlah aku isi SPA dah setahun lebih tapi satu
surat temuduga pun tak dapat. Aku bersyukur sangat lah sebab dipanggil untuk
ditemuduga, tapi bukan SPA la panggil aku tapi SPP. Aku isi SPP ni dalam masa 2
bulan je dah di pinggil temuduga. Cepat siott SPP ni. Haha..
Nak dijadikan
cerita, pada sebelah petang masa tu aku baru je lepas mandi. Masa aku keluar
dari bilik air tu, mak aku cakap ada surat untuk aku. Aku ingat surat dari
kolej swasta malas la nak layan sebab sebelum ni dah banyak aku terima surat
dari mereka. Satu pun aku tak layan maklumlah aku ni bukan anak orang kaya nak
masuk kolej swasta tu. Banyak duit kena keluar nanti. Lepas aku siap pakai baju
semua, aku capai la surat tu. Aku pun lihat la kat resit pos laju tu tertera
nama aku dan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Aku pun cepat2
la buka surat tu maka terlihatlah perkataan temuduga ke jawatan tetap pembantu
makmal gred c17. Lihat tarikh temuduga tu seminggu lagi dari tarikh aku terima
surat ni. Berkali-kali juga aku baca surat tu, maklum ar excited sangat sebab
tak pernah terima surat temuduga. Mula2 tu aku buat tak kisah sangat, macam tak
nak pergi je. Mesti susah nak dapat kerja ni. Lagi satu aku tak ada pengalaman
langsung ditemuduga. Malam tu aku pun capai la telepom nak mesej pada kak aku
yang sedang duk U. Sebab dia pernah cerita kawan dia pernah g iv tu dan dapat
job tu. Dia pun suruh lah aku pergi cuba nasib, mana la tahu ada rezeki kat situ. Sebab aku sekolah pun
malas. Result exam sem 1 dan 2 pun takde la tinggi sangat.
Malam tu aku pikir
masak-masak dan siap berangan lagi kalau aku dapat job ni. Haha... esok tu aku
bagitau kat mak aku yang aku nak pergi iv nih, dan mak aku cakap pergi la cuba
mana tahu dapat. Rezeki masing-masing. Aku pun minta la duit dengan mak aku
untuk beli tali leher dan baju kemeja untuk pergi iv tu. Pergi kat sekolah, aku cakap la kat member2 rapat
yang aku dapat iv pm nih. Mereka pun ucaplah tahniah. Mereka cakap yang aku
mesti dapat punya sebab aku pandai bercakap. Kepala hotak betul, saja nak perli
aku..haha..tapi kalau betul la apa yang mereka cakap tu terjadi memang bagus
la. Aku pun cakap juga la kat member aku ni yang aku nak ajak dia temankan aku
masa iv ni. Dia cakap ok je. Aku pun minta la dia carikan kereta semua sebab
kereta abang dia tak boleh pakai sebab rosak. Aku kira hal ni dah selesailah
nak pergi dengan siapa dan dengan apa tu. Hahaha...
Masa yang tinggal
pun dah tak lama. Tiap-tiap malam aku buat solat hajat minta pertolongan
daripada Allah S.W.T supaya dipermudahkan segala urusan aku ni. Kerana ini
semua rahsia dan kekuasaan-Nya. Tidak ada perkara yang mustahil bagi-Nya. Aku
pergi kat sekolah pun buka laptop cari maklumat pasal pm, tips iv dan baca
pengalaman2 orang yang pernah pergi iv pm nih. Lepas tahu serba sedikit pasal
pm ni, aku cuba pulak kumpul soalan2 yang member2 blogger share dalam blog
diorang. Soalan yang sering di tanya aku study betul2. Macam nak jawab exam
umum sklh pula aku rasa. Tapi aku tak kisah sangat, yang penting aku telah
berusaha. Usaha tangga kejayaan. Haha.. lepas tu pulak. Aku cuba la cari dalam
tenet ni pasal baju yang macam mana paling sesuai untuk g iv kerja gomen nih.
Masing2 cakap baju yang berwarna cerah tapi tak menyerlah. Macam warna biru
lembut dan seumpamanya. Tapi mereka juga cakap kalau tak nak pening-pening
kepala pakai je baju kemeja warna putih. Sebab warna putih ni dah dikira warna
formal dan sesuai sangat lah untuk iv yang formal. Aku pun ambil keputusan
untuk pakai baju sekolah putih yang aku beli tu. Baju tu aku tak pakai sangai
sebab aku ni pengawas, pakai baju warna biru. Dapat la jimatkan kos sikit. Cuma
beli tali leher je. Pergi sekolah member aku tanya macam mana, semua dah ada
ke? Aku pun cakap lah tali leher je aku tak beli lagi. Dia pun suruh pinjam
yang dia punya je tak payah beli yang baru. Aku pun cakap ok je, dapat jimatkan
kos lagi. Haha...
Balik rumah aku
cari la baju sekolah putih aku dalam almari tu. Sebab aku nak setting sikit.
Haha.. bukan apa korang faham2 jah la baju sekolah mesti lah besar sikit. Mana
boleh nak buat ikut badan, nanti kena kat cikgu disiplin pulakan. Aku p setting
bagi rapat tubuh aku biar nampak kemas sikit. Baru nampak segak sikit pakai
baju kemeja sekolah ketat. Seluar hitam pun aku kecilkan kat peha dan besarkan
sikit kat kaki. Macam fesyen org buat sekarang lah.
Bila dah tiba
harinya, aku dengan member aku lagi 2 orang tak p la sklah tu kan. Dah suruh
member yang lain bagitau dah kat cikgu..hehe.. walaupun dalam surat tu cakap iv
pukul 11.30 pagi tapi aku dengan member2 aku bertolak dari rumah pukul 8.00
pagi lagi. Mula2 tu aku ingat awal sangat sebab kg aku dengan Batu Rakit tu
takde la jauh sgt pun. Dalam pukul 9.15 pagi dah sampai kat area Batu Rakit tu.
Memandangkan kami rasa terlalu awal, kami pun berhenti la kereta dekat sebuah
kedai makan. Sarapan pagi la dulu kat situ sebab tak sempat nak makan kat rumah
tadi. Aku tak makan pun, cuma minum air teh o ben je. Tak ada selera pun nak
makan sebab perut aku dah kecut nak iv kejap lagi. Dalam pukul 10.00 kami pun
bergerak la menuju ke IPG Batu Rakit tu. Bila sampai tu macam tak ada orang je.
Kami parking kereta kat luar. Lepas lepak kejap kat luar, aku nampak la sorang
mamat ni sampai dan terus ke pondok pegawai keselamatan. Aku rasa mamat ni pun
datang iv juga sebab dia bawa folder sijil sekali kat tangan dia. Lepas dia
masuk kejap, aku pun ajak member aku masuk juga. Mana lah tahu dapat iv giliran
pertama sebab awal lagi, mesti tak ada orang lagi. Haha.. aku pun p la kat
pondok pgawai keselamatn yang mamat tdi pergi tu. Aku tanya la kat mana blok iv
tu. Dia pun cakap la nak datang iv rupanya, igat datang saja2 nak lepak bawah
pokok tu. Aku pun tanya p.cik tu apesal pulak? Kan awal lagi ni, orang pun tak
ada. Dia pun gelak la, dia cakap iv tu dah mula pukul 8.00 pagi lagi. Orang dah
bersepah datang, yang balik pun dah ada.
Gabra la aku masa
dengar p.cik tu ckp begitu. Lepas aku ucap terima kasih kat p.cik tu, aku
dengan member aku terus menuju kat blok yang ditunjukkan tadi oleh p.cik tu.
Sampai kat blok tu, aku tengok ada la juga orang yang pegang folder sijil siap
dengan mak ayah lagi ada. Aku ingat sini la tempat iv tu. Duduk la aku dengan
member aku kat situ kejap. Tapi nampak pelik je, sebab masing2 duduk bersepah
dan bilik iv pun tak ada. P.cik tu mmg dah tunjuk blok ni tadi. Dah rasa lain
macam ni, aku suruh la member aku pergi tanya mamat yang duduk atas batu tu.
Aku nak tanya memang tak arr. Mood nak
bercakap pun dah hilang sebab rasa gugup je. Mana taknya first time iv. Haha..
lepas member aku tanya mamat tu, dia cakap ni bukan tempat iv. Iv kat tingkat
atas. Mamat tu pun tunjuk la tangga naik atas ke tempat iv. Laa... dah lalu pun
ikut sini tadi, Cuma tak baca je kertas yang ditampal kat dinding tu. Nak cepat
sgt tadi, mana ada masa nak baca kertas kat dinding..sebab tu
sesat..haha...lepas ucap trima ksh kat abg tadi terus la naik tangga tu. Bila
dah sampai. MasyaAllah, ramainya org. Rasa mcm nak balik terus je. Tapi
alang-alang dah datang ni tak payah la nak patah balik kot. Aku pun nampak la
mamat yang duk tnya kat pondok pgwai keselamatn tadi..ha..kali ni dah betul la
tempatnya. Aku terus je tanya abg yang ada kat situ, dia iv pm juga ke? Dia ckp
ya. Dan dia tanya aku dah daftar belum. Aku cakap tak lagi, baru je sampai. Aku
pun tanya daftar kat mana. Dia pun tunjuk la bilik pendaftaran pada aku, aku
pun masuk. Aku tgk ada 3 orang akak yang duduk kat meja pendaftaran tu.
Sementara duk tnggu yang lain selesai daftar, sempat juga la aku berkenalan
dengan sorang dua yang sama2 duk tunggu nak daftar. Aku bilik iv no. 2. Masa
aku daftar, akak tu mintak la sijil2 aku semua. Akak tu mesra betul, hilang
semua rasa gugup aku tdi..hehe.. dia tanya awk pengawas erk? Aku cakap ya saya
pengawas sekolah. Terus dia bagi markah. Dia pun tgk la sijil PLKN aku pulak,
terus bagi markah. Berapa markah yang dia bagi tu aku tak tahu la. Tapi aku ada
bca dalam blog klu kita susun sijil kita ikut urutan yang dalam surat iv tu
nak, kita bekas pgawas, bekas pelatih PLKN memang ada markah free. Jd memang
betul la. Selepas daftar, akak tu minta aku ke tempat menunggu. Aku pun ucap
trima ksih dan terus kat tempat menunggu.
Aku ingat datang
awal ni blh la giliran yang pertama, rupa-rupanya aku adalah group yang
terakhir kena iv hari itu. Iv SPP ni mmg aku dah tahu dia buat dalam group. 1
group adalah 5/6/7 org. Bergantung pada berapa orang yang hadir hari tu. Aku pun
tengok la sekeliling, semuanya dah tua dari aku. Ada yang duk baca nota, buku
semua. Tapi aku malas dah nak baca. Kalu baca masa tu pun komfem tak masuk. Aku
berbual-bual la dgn abg2 yang turut iv juga, barulah aku tahu yang kelmarin pun
dah ada iv. Bkn hari ni je. Jadi maksudnya kat sini calon iv tu mmg la ramai
sgt, dan peluang utk dpt job ni mmg tipis.
Lama la jugak aku
duk nunggu nya. Tolak dengan panel iv tu keluar rehat lagi. Dah ramai yang
balik sebab dah selesaikan. Maka akak yang aku
daftar tdi tu panggil nama aku dan 4 orang lg perempuan yang lain.
Maknanya dalam group ni, aku sorg je lelaki. Lepas tu kami pun di suruh masuk
la dalam bilik iv tu. Gugup jugak aku, tp buat cool je. Tak boleh tunjuk yang
kita ni gugup, kita kena tunjuk yang kita ni tenang dan paling penting kita
kena selalu senyum. Disebabkan aku sorg je lelaki, maka aku dijadikan sbg calon
1. Fuhhhh...calon 1 ni banyak keburukan dan banyak kelebihannya jika mampu
menjawab soalan yang ditanya. Ye la kan, calon 1 ni mcm pengkritis la sebab
soalan akan ditanya pd calon 1 dulu. Klu dpt jawab mmg bagus sbb jwapan yg
diberikan bukanlah jwapan yang dicopy paste daripada jawapan calon2 lain. Kat
situ la kelebihannya.
Soalan2 yang
ditanya kepada group aku ialah :
1. Sekarang buat apa?
(nasihat
aku jangan nak menipu, jawab dengan jujur. Sebab panel ni dah masak dengan iv
ni sampai boleh tahu siapa yang menipu dan siapa yang jujur. Klu kita tu
pelakon hebat mcm aaron aziz tak apa la jugak kan. Boleh la buat drama2 sikit.
Key di sini, klu kita ckp benar kita akan lebih berkeyakinan)
2. Kenapa datang iv ni?
(ni
mmg soalan killer, kena pandai bg jwapan)
3. Cuba awk bagitahu saya tugas pm ni dri pukul 7.30 sampai pukul 4.00.
(kena
hafal la tugas pm tu)
4. Larat ke awk nak buat kerja2 pm ni. Bukannya senang, kena angkat
barang2 berat.
(bagi
jawapan yang boleh memberikan keyakinan pada panel)
5. Siapa bos awak kalau awk kerja kat sekolah?
(pengetua/guru
besar adalah bos segala bos di sekolah)
6. Cuba awak bagitahu gurun yang terbesar di dunia.
(ingat
je dalam lagu tu. Sebab benda2 yang besar mmg akan dibuat lagu atau puisi
sebagai tanda kehebatan atau peristiwa)
7. Cuba awk bagitahu apa yang akan terjadi sekiranya matahari berputar
atas paksinya.
(kena
tahu la. Dalam geo ada ni semua)
8. Kalau guru kanan sains bagi arahan lain dan ketua panitia bagi arahan
lain, awak nak ikut arahan siapa?
(juga
soalan killer. Kena tahu hiearki jawatan kat sekolah)
9. Cuba sebutkan nama-nama alat radas sebanyak mgkin yang awak tahu dalam
masa seminit.
(siapa
dapat sebut paling banyak dan berbeza2 dengan orang lain mmg dapat markah la)
10. Kalau awak diberi makmal kosong, apa yang akan awak buat biar makmal
awak tu org cakap wow dan org suka dan selesa menggunakan makmal anda?
(jangan
gunakan ayat pada pendapat saya di depan. Sebab panel tu tak nak dengar
pendapat kita, dia nak tahu apa yang kita akan buat je)
Ni la soalan2 yang
ditanya pada group aku. Alhamdulillah kesemua aku dapat jawab dengan baik.
Soalan2 dan pengalaman2 lepas yang aku baca dalam tenet tu amat membantu. Untuk
pengetahuan anda semua, panel iv ni semuanya tak sama. Ada yang santai, ada
yang tak. Aku dapat panel yang langsung tak santai. Tak adanya nak bergurau
senda masa iv. Tak macam bilik no.3. panel dia santai giler. Siap buat lawak
lagi. Tapi atas nasib la kita dapat panel yang mcm mana. Dan kena ingat, setiap
jawapan yang kita bagi tu panel akan guna balik untuk membidas kita. Jangan
cepat melenting, cuba senyum dan bertenang.
Result iv ni keluar
6 minggu selepas dari tarikh iv aku. Dan alhamdulillah aku telah berjaya dalam
iv nih. Sekarang aku tengah menunggu surat lapor diri dari KPM. Kata otai dan
orang yang berpengalaman, sebulan result keluar baru dapat surat lapor diri.
Harap2 posting dekat area rumah je, tak payah la nak sewa rumah. Walaupun tahun
depan 2014 semua penjawat awam naik gaji. Hehe.. okey lah ni saja pengalaman
aku dalam iv pm c17 nih.
Terima kasih sebab
sudi membaca luahan hati dan rasa aku yang panjang lebar ni.